Monday, March 25, 2013

ALHAMDULILLAH... 3 Years...


Assalamualaikum W.B.T

Selepas sebulan,baru ada mood untuk update pasal 'ulangtahun perkenalan' dengan 
si dia tersayang, MOHAMAD NURHAKIM..

Syukran jazilan YA ALLAH,ku panjatkan kesyukuran atas kurnia & izinMU,
perkenalan & perhubungan yang terjalin antara hamba-hambamu yakni
MOHAMAD NURHAKIM & SITI SUKARSIH telah pun mencapai usia perkenalan
yang ketiga tahun..

Siapa sangka,perkenalan yang tercipta melalui kelas CHARACTER BUILDING 
di PLKN membuahkan rasa sayang & cinta..
Betul kata orang,'jangan terlalu membenci takut akan datang rasa sayang'..
Ya.. Kami bermula dengan perasaan kurang senang dan sekarang menjadi
pasangan.. 3 Tahun tempuh perkenalan yang amat mencabar.

Alhamdulillah,dalam tempuh 3 tahun ini,kami menjalani perhubungan jarak jauh..
Sorang kat KL,Sorang kat JB..Sekarang, Hakim kat KL praktikal,
sue plak ada nun jauh kat utara;Kedah sebab sambung degree..
Mungkin mmg takdir menginginkan kami berjauhan..
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA..

Insha ALLAH,berbekalkan KESETIAAN,KEJUJURAN,KEPERCAYAAN, 
kami akan cuba sedaya upaya untuk menjaga perhubungan ini..
Mudah-mudahan dengan pengorbanan ini, kami sama-sama
berjaya menggenggam impian & cita-cita kami..
Sentiasa berfikiran positif, 3 tahun ini sekejap je.. 
Ada jodoh nnt,ada lah...

Untuk permulaan 2013 ini, sue da bawak hakim jumpa mama & family..
Syukur,mama,akak ok & boleh terima persahabatan kami..
Cuma,tak berkesempatan nak bawak jumpa abang sebab sue da ada kat Merbok..
Insha ALLAH sebelum hakim abez praktikal, dia akan jumpa abang a.k.a wali sue..
\
#Untuk ulangtahun persahabatan yang ketiga ini, sue nak wish :
~thank tuk perhubungan yang da pun masuk tahun ketiga..
~Sabar & terima apa adanya saya..
~Memahami & memberi sokongan dalam setiap keputusan yang saya buat..
~Hope kita dapat mengekalkan perhubungan ini sampai akhirnya.. INSHA ALLAH..
AAMIINN... 

##20FEBRUARI2010-20FEBRUARI2013

Saturday, March 16, 2013

Kebahagiaan bertambah


Assalamualaikum W.B.T..

Lama tak update blog sebab xde cte best..
Tapi, untuk permulaan blog bagi tahun 2013, nak share
beberapa kebahagiaan yang tercipta tahun ini.

~First.. 15 Januari 2013, dapat anak buah baru @ anak abg..
NAQIB ZACHRIL BIN KHAIRUL BOSSTAMAM.. Hero ketiga ma'sue..
Alhamdulillah,sekarang baby aqib da pun berusia 2 bulan..
Doa ma'sue moga aqib sihat selalu,cepat membesar, jadi anak yg soleh buat papa & mummy..

~Second.. Family's holiday to Kota Kinabalu,Sabah.
5 hari kat Sabah,seronok sgt.. Melawat tempat orang..
kita g pasar philipine,Pulau Sapi,Pulau Manukan,Jambatan Tamparuli, Jambatan Gantung,Rumah Terbalik..

~Lastly, Further study dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan a.k.a Degree in Finance..
Rezeki second intake, bulan March.. Alhamdulillah masih berkesempatan tuk further degree.. Walaupun jauh nun ke utara, demi kebahagiaan masa depan, cubalah berkorban..
Niat tuk kebaikan masa depan,kebahagiaan mama..
Insha ALLAH,ALLAH permudahkan segala urusan sebagai pelajar..


Wednesday, July 18, 2012

Tests from HIM to the selected HAMBANYA



Hey korang.. Da lame da tak update blog nie...

Seperti yang semua sedia maklum,keputusan kemasukan ijazah sarjana muda UiTM da pun keluar isnin lepas.. Dukacita dimaklumkan,sue x mendapat tempat untuk menyambung pelajaran..Tapi sue dalam usaha nak membuat permohonan rayuan.. Mudah-mudahan,de rezeki dapatlah sue sambung belajar lagi.. 

Dengan terjadinya kejadian ini, sue dapat membuka mata sue yang dalam hidup ini pasti ada yang baik & buruk...
Ye.. Ini memang dugaan yang diturunkan olehNYA untuk hambaNYA.. Saat itu,sue lah hambaNYA yg terpilih untuk menerima dugaan ini.. Pada mulanya memang agak susah nak terima hakikat yang sue xmendapat peluang belajar, tapi berkat sokongan keluarga dan kawan-kawan, sedikit sebanyak menaikkan balik semangat yang jatuh merudum...
Sue pegang pada kata-kata ini.
1. 'ALLAH xturunkan dugaan yang tak terpikul oleh hambaNYA'
2. 'ALLAH: merencanakan yang terbaik untuk semua hambaNYA'
3. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya yang tak dapat kita nampak sekarang'
Secara jujurnya,dengan terjadinya dugaan ini,sue merasakan sue bertuah sebab dikurniakan sahabat-sahabat yang amat mengambil berat dan memahami sue..
Buat mama, 'mungkin belum masanya untuk adik sambung belajar..Tapi jauh disudut hati adik,adik berasa bersalah sebab xdapat nak merealisasikan impian mama untuk tengaok adik sambung belajar..Tapi,kata-kata peransang mama da buat adik bangun balik..Terima kasih yang tak terhingga sebab mama faham situasi adik..'
Buat besties,NURUL HIEDAYAH... Thanks atas sokongan padu & kata-kata awak.. Thanks sangat sebab ada ngn kita selalu..
Buat kawan-kawan seperjuangan masa Diploma.. Kawan-kawan DAIS,kawan-kawan 1 rumah,1 kelas thanks atas nasihat, kata-kata semangat korang.. INSYAALLAH sue kuat & redha ngn pe yg terjadi nie.. 
Doakan sue tuk rayuan ni ek....

Friday, February 24, 2012

Its happend for the second time.. SYUKUR...


Assalamualaikum..

Selepas busy menghadap kuiz & test yang berderet selam 5 hari berturut-turut..
Hari ini sue nak update blog berkenaan 
'Ulangtahun Perkenalan Dengan encik Akim'

Syukur ALHAMDULILLAH di panjatkan kehadrat ILAHI kerana 
dengan limpah kurnia & izinNYA dapat lagi kami meneruskan
perhubungan ke tahun yang kedua..

Diam tak diam,2tahun sudah perjalanan percintaan kami..
Walaupun pelbagai dugaan,cabaran yang terpaksa kami tempuh,
rezeki masih menyebelahi kami..

Diharapkan dengan peningkatan usia perhubungan ini,
kami menjadi lebih matang dalam berfikir & bertindak..
Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kami..

tq so much ya en akim atas sifat tolak ansur, bertimbang rasa, memahami
& lain-lain yang pernah awak buat tuk membahagiakan sy..

~MAY ALLAH BLESS US ALWAYS..
~MAY WE WILL BE STRONG IN FACING THE QADA'&QADAR ALLAH..
~BE MATURE IN TAKE AN ACTION IN FUTURE..
~LOVING EACH OTHER ALWAYS...

Sunday, February 5, 2012

"double" happiness was created on 04 Feb 2012


Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama menyepi dari meng'update' blog nie, arini sue nak share
kegembiraan yang tercipta pada 4 Februari 2012 baru-baru ni.


"Great moment in a day was created today..Enjoying day with classmates

MAC120 6B at Pengkalan Balak.."

"Double happiness created with Mr.B Mohamad Nurhakim together with

Nurul Nadiah & Mohamad Afham.."


Keseronokan berganda bila hampir kesemua kawan-kawan DAIS 6B

join event class ber'picnic' & ber'barbeque' kat Pengkalan Balak..

Yela kan,INSYALLAH dengan izinNYA, masing-masing akan habis 

belajar & 'berpisah' bulan April nnt..

So,xtau la bila plak masanya lagi dapat berkumpul reramai mcm kat U nie..


Macam-macam gelagat terserlah masa tu..

Gelak tak ingat dunia sampai pipi nek tegang.. 

huhuhu..

Even penat gila time tu, tapi have fun sangat2..

Dengan join games yang memang memerlukan ke'sporting'an memang superb la..

Thanks korang for the great event created..



Tak lupa juga,thanks to hakim & afham sebab sudi memeriahkan event kami..

*padahal nak g dating.. hahaha

Camne pun,best gila hari tu...

Classmates without certain people
Anith the camerawomen

syahira the organiser

Nad & Shida

Syahira & tiqa

The organisor..The hero..The sweetest..The advisor...:)

Topek & shida~run..run..


Green

Yellow
cek nit & shila

memyselfandi

betty..fida..mija..yaema

ekeey & ady

ceknit yg chumeyl



udiy terbukti

eika

Anis & mija

afham & akim ~the guest.. :)
Afham & nadiah

Sue & hakim

Kami

































Monday, November 21, 2011

NEW

 Assalamualaikum..

Bermula semester baru..
Diam tak diam da sampai ke penghujungnya.. ALHAMDULILLAH
Sekejap rasenya masa berlalu..
Da masuk semester ke enam,yakni semester terakhir diploma..

Untuk semester kali nie,sue da jadi senior..
So,kena lah beralah duk kat luar..
Menyewa rumah dgn coursemate @ classmate..

Duduk bersama 8 lagi kawan2 yang gila-gila orangnya.. gila pada korea...
So Far semuanya ok,dan boleh di bawa berbincang..

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMI YA...

*NEW SEMESTER
*NEW ROOMMATE
*NEW SUBJECT
*NEW HOPES

AND I HOPE I HAVE A NEW SPIRIT TO FIGHT AT THE LAST SEM
TO GET MY GOALS..

INSYAALLAH..AMIN

Wednesday, November 16, 2011

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum W.B.T
Entry kali nak bercerita tentang "UPIN & IPIN"  kesayangan ma'sue..

UPIN ma'sue ialah NAQUE MUKHRIZ..
IPIN plak RAYYAN SHADZY AUZELL..

Kedua-duanya mempunyai karektor & perangai yang berbeza..
Abg Que da makin membesar & pandai bercakap..
Lasak.. Petah bercakap..
Bila duk dengan ma'sue amek tepon suruh tepon oma ngn toksu..

6 bulan berpraktikal, ma'sue duk uma que..
so,jadi makin rapat la.. Tiap2 hari amek & hntr ma'sue dari uma oma..
Dalam kete duk blkg ngn ma'sue..

"anyak nye kok.." (banyak nye pokok)
" cu.. minyak3..." (nmpk stesen minyak-shell @ petronas)

Nnt mesti ma'sue rindu que bila ma'sue da blk Melaka..

NAQUE MUKHRIZ KHAIRUL BOSSTAMAM
IPIN ma'sue plak.. 
Rayyan baru 2 bulan lebih..
Tapi macam da pandai nak berborak.. 
Pastu, pas mandi ajak ma'sue pusing2 Andika..
Kecik lagi,klau da besar nnt,ma'sue bwk Rayyan jalan2 k..
Rayyan nie xboleh lapar.. Kalau lambat je bagi susu,
merajuk la dia.. Menangis macam kena cubit..

RAYYAN SHADZY AUZELL RONEY

Nie la gelagat & kerenah anak buah kesayangan ma'sue..