Monday, November 21, 2011

NEW

 Assalamualaikum..

Bermula semester baru..
Diam tak diam da sampai ke penghujungnya.. ALHAMDULILLAH
Sekejap rasenya masa berlalu..
Da masuk semester ke enam,yakni semester terakhir diploma..

Untuk semester kali nie,sue da jadi senior..
So,kena lah beralah duk kat luar..
Menyewa rumah dgn coursemate @ classmate..

Duduk bersama 8 lagi kawan2 yang gila-gila orangnya.. gila pada korea...
So Far semuanya ok,dan boleh di bawa berbincang..

DOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMI YA...

*NEW SEMESTER
*NEW ROOMMATE
*NEW SUBJECT
*NEW HOPES

AND I HOPE I HAVE A NEW SPIRIT TO FIGHT AT THE LAST SEM
TO GET MY GOALS..

INSYAALLAH..AMIN

Wednesday, November 16, 2011

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum W.B.T
Entry kali nak bercerita tentang "UPIN & IPIN"  kesayangan ma'sue..

UPIN ma'sue ialah NAQUE MUKHRIZ..
IPIN plak RAYYAN SHADZY AUZELL..

Kedua-duanya mempunyai karektor & perangai yang berbeza..
Abg Que da makin membesar & pandai bercakap..
Lasak.. Petah bercakap..
Bila duk dengan ma'sue amek tepon suruh tepon oma ngn toksu..

6 bulan berpraktikal, ma'sue duk uma que..
so,jadi makin rapat la.. Tiap2 hari amek & hntr ma'sue dari uma oma..
Dalam kete duk blkg ngn ma'sue..

"anyak nye kok.." (banyak nye pokok)
" cu.. minyak3..." (nmpk stesen minyak-shell @ petronas)

Nnt mesti ma'sue rindu que bila ma'sue da blk Melaka..

NAQUE MUKHRIZ KHAIRUL BOSSTAMAM
IPIN ma'sue plak.. 
Rayyan baru 2 bulan lebih..
Tapi macam da pandai nak berborak.. 
Pastu, pas mandi ajak ma'sue pusing2 Andika..
Kecik lagi,klau da besar nnt,ma'sue bwk Rayyan jalan2 k..
Rayyan nie xboleh lapar.. Kalau lambat je bagi susu,
merajuk la dia.. Menangis macam kena cubit..

RAYYAN SHADZY AUZELL RONEY

Nie la gelagat & kerenah anak buah kesayangan ma'sue..

Sunday, November 6, 2011

A great eidul adha

Assalamualaikum..

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT ISLAM SEKALIAN..

Sambutan hari raya korban tahun ini banyak meninggalkan kesan & kenangan..
Raya tahun ini menambahkan keceriaan disebabkan oleh
penambahan ahli keluarga baru..
Keluarga sue semakin berkembangan dgn ade nye abg,kak lyen,naque,
akak,abang jai,rayyan,mama & sue sendiri..
Kemeriahan menyambut perayaan tu makin terasa..

Tuk hari ni,mulakan perayaan jari raya korban @ raya haji ni
dengan menziarahi kubur arwah papa..
Sedikit sebanyak terase gak sunyi tanpa kehadiran papa..
Tapi da tertulis di dalam diari setiap insan,papa pergi dulu meninggalkan
sue & keluarga..

Pastu, menyambut ulangtahun moyang & toksu que & rayyan..
Actually both of them celebrating their birthday yesterday..
tp,xde kesempatan sebab sumenye busy..
Sambut la birthday dua2 nye skali arini..

Dalam kul 3,sue beraya plak uma BFF sue, Nurul Hiedayah @ daia..
engatkan da terlambat la.. 
Rupa-rupanya menjadi yg terawal datang..
Lepas makan,lepak2,berposing2..
Melayan naque mukhriz... bermacam cerita keluar..
tetiba the big surprise datang tanpa di duga..

WOW! that really surprise..
erm.. hanya org tertentu faham keadaan & situasi nya..
Control tetap control.. huhuhu
Alhamdulillah,sumenye ok.. 

*Daia.. i have a great day today..
Next time kita hang out reramai,k..

Friday, October 28, 2011

ANOTHER MONTH TOGETHER

Assalamualaikum..

Lepas sekian lama menyepi, hari nie nak mengupdate blog lagi..
Biarpun terlewat sikit, sue nak gak update berkaitan 'anniversary' qasehakim..

Tanggal 20 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu,
genap berhubungan qasehakim selama 1 tahun 8 bulan..

Alhamdulillah,dengan berkat & izin daripadaNYA,
dapat lagi kami mengekalkan perhubungan kami biarpun beribu dugaan melanda..
'Walau raga kita terpisah jauh,namun hati kita selalu dekat..
Bila kau rindu pejamkan matamu,dan rasakan aku..
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh terhapus ruang & waktu..
Percayakan kesetiaan ini pada ketelusan aishiteru'

Perhubungan jarak jauh kami memerlukan kepercayaan, kesetiaan, kejujuran
& kesefahaman untuk mengelakkan fitnah & salah faham..
Sejak mula sem baru @ sem praktikal, bermakna kami dipisahkan oleh
jarak antara KL & Johor..

Meskipun jarak menidakkan kami berjumpa, ALHAMDULILLAH kami dapat juga
menempuh dugaan ini..Thanks to our beloved family coz faham kami & 
memberikan kami kepercayaan serta restu dalam menjalani perhubungan ini..

"B..Untuk anniversary bulan ni, sue nak ucapkan thanks sbb faham sue..
Walaupun kadang kala emosi & attitude sue ada naik turunnya..
Tapi b tetap sabar & berusaha untuk wat sue happy..
Alhamdulillah makin ke puncak perjalanan study kita,
makin dekat dengan impian yang kita impikan..
I will  always be with you.. INSYAALLAH.. "

Ma & family.. Sumenye mengharapkan kami sentiasa bahagia & berusaha 
untuk mencapai segala impian & cita-cita kami..
"Terima kasih mama atas restu & izin mama buat kami menjalani perhubungan ini..
INSYAALLAH,ada masa & rezeki, akim datang berkenalan ngan family kita.."

* DOAKAN KEBAHAGIAAN & KESEJAHTERAAN KAMI.. 

(",)

Wednesday, September 28, 2011

RAYYAN SHADZY AUZELL

 Assalamualaikum..

Actually, 29 Ogos 2011, akak sue da selamat pun melahirkan 
seorang hero yang diberi nama
RAYYAN SHADZY AUZELL BIN RONEY..

Rayyan kini berumur sebulan.. 
Tarikh lahir Rayyan same ngn ma'sue wlau berbeza bulan..
ma'sue ngn Rayyan berbeza 20 Tahun Sebulan..

So,lepas NAQUE MUKHRIZ,
RAYYAN SHADZY AUZELL plak la yang akan buli ma'sue nnt..
Camne pun,de adanya 2 orang hero ini, hidup ma'sue bertambah ceria..

OMA ngn Ma'sue syg QUE & RAYYAN sgt3.. muahx..

RAYYAN SHADZY AUZELL

RAYYAN

ABANG QUE & BABY RAYYAN

RAYYAN MA'SUE

Tuesday, September 27, 2011

QASEH + HAKIM = QASEHAKIM

M- Mohamad NurHakim Bin Sogol
O- Orangnya Kurus Berkulit Cerah
H- Hakim Pula Nama Panggilannya
A- Anak Lelaki Sulung
M- Menjadi Harapan Dalam Keluarga
A- Amat Manja & Penyabar Orangnya
D- Dalam Hati Berbunga-Bunga

N- Nampak Pendiam Tapi BERISI
U- Usikan Demi Usikan Datang Menerpa
R- Rahsia Tak Pernah,Berkongsi Sahaja
H- Harapan & Impian Sering Diperkata
A- Atas Usaha,Pasti Berjaya
K- Kisah Kami Tiada Sempadan
I- Izin & Restu Pasti Menjengah
 M- Merealisasi Impian Bersama

S- Siti Sukarsih Kekasih Hati
O- Orangnya Kecil Molek Sekali (hahahha)
G- Gadis Bandar Asalnya Diri
O- Off To De Bana Tempat Perkenal Diri
L- Latihan Khidmat Negara Menjadi Saksi
     Bersatu Kini Dua Hati..

S-  Siti Sukarsih Nama DiBeri
I- Imej Ringkas Pilihan Utama
T- Teman Istimewa,Akim Nama DiBeri
I- Indah Perkenalan DiPerkongsian Terbuka

S- Setahun Sudah Cinta Bersemi
U- Usaha Bergandingan Bersama
K- Kasih Sayang Tak Berbelah Bagi
A- Agar Ikatan Tersimpul Rapi
R- Rahsia Di Kongsi Pelbagai Ilusi
S- Supaya Dapat Menyulam Bahagia
I- Impian,Cita-Cita & Harapan Bersama Di Kongsi
H- Hitung Masa Setiap Hari

S- Suka,Duka,Gembira & Sedih
A- Antara Kenangan & Memori Tercipta
M- Menjadi Kenangan Terindah Untuk Di Cerita
R- Rindu Bertandang Tanpa Henti
I- Itulah Cinta Tersemat Di Hati

Q- Qaseh Nama,Akim Yang Bagi
A- Akim Pula Teman Di Sisi
S- Selalu DiHati,Jauh Di Nanti
E- Entahkan Tercapai Niat DiHati
H- Hanya Doa DiPanjatkan Ke Hadrat Ilahi
A- Agar Perhubungan DiRestui 
K- Kasih,Sayang,Rindu & Cinta Tetap DI Hati
I- Inilah Coretan Hari-Hari
M- Menjadi Diari Selama Ini




Thursday, September 22, 2011

Tiada Lagi Rahsia


Assalamualaikum..
Syukur kehadrat ILAHI dengan limpah & izinNYA,
perhubungan cintahatiqasehakim terus mekar sehingga ke hari ini..( poyo sket ayat) 

Berganjaknya angka perhubungan ini dari hari ke sehari, 
tiada lagi rahsia yang perlu disorokkan lagi..
kenapa????

Semuanya gara-gara seluruh ahli keluarga dari mama,abg,kakak 
sehinggalah ke pakcik,makcik,cousin even nenek..
takde pe lagi yg boleh sue buat nak mengelak berkaitan si akim nie..
Kalau ada kesempatan berkumpul ramai-ramai,
pasti akan terbukanya cite antara sue ngn akim..

Macam-macam lah yang keluarga sue tanya..
Sampaikan sue sendiri yang segan sebab kadang-kala 
bukannya cita tu kua dari mulut sue..
tapi dari mama mahupun nenek..

APakah tandanya bila seisi keluarga sering menanyakan hal sedemikian???
adakah ini tandanya kami di restu????
Kalau ianya sesuatu yang direstu, ALHAMDULILLAh..

Ada satu ketika mam tanya sue masa seblum raya tu:
' akim da cuti ke?bape lame cuti???'
sue pun jawab la.." minggu nie da start cuti.. seminggula.."
mama jawab pulak..' oh..abez xnak datang kl ke?'

hanya senyuman mampu sue bagi kat mama..

P/s: en hakim.. mama nak jumpa awak da nie,..
carilah masa utk jemput hadirkan diri ke rumah.. :)


* Moga dengan kesenangan,penerimaan yang baik ini akan berkekalan..
MUDAH-MUDAHAN..



Monday, September 19, 2011

Make it short and simple



HAPPY 1 YEAR & SEVEN MONTHS ANNIVERSARY MR B..

HOPE WE WILL LAST LONGER FOREVER..

ALLAH BLESS US..

MAY ALL OUR DREAMS COME TRUE..

LOVEMISSNEEDWANTYOUSOMUCH..

TQ FOR EVERYTHING..

~ qasehakim - 200210 ~


Thursday, September 8, 2011

OUR SONGS.

 PERCAYA PADAKU

LAGU BUAT ADINDA
AISHITERU
PUTERI CINTA HATI

KERNA KU SAYANG KAMU

KITA SATU

ITU JANJI



Thursday, August 25, 2011

MENGISI MASA LAPANG DENGAN CARA MUDAH UNTUK MENDAPATKAN WANG SAKU

Assalamualaikum..

Macam yang semua sedia maklum,sue da pun men'join'kan diri 
dalam KELAB JUTAWAN bagi menambah duet poket..

Sebagai seorang pelajar,penggunaan wang amat2 banyak &kerap..
Ini disebabkan oleh menyiapkan assignment yang diberikan..
Assignment trsebut bkn sj untuk di print malah ada pula yang di minta untuk photocopy untuk di agihkan pada rakan-rakan..
oleh yang demikian,semuanya memerlukan kos yang amat tinggi..

Tambahan pula,bagi pelajar2 semesterterakhir,di mestikan duduk diluar kampus..
Penambahan kos sara diri untuk membayar duit sewa rumah & sebagainya..
Sue cuba menambah duit poket dengan menyertai KJ ini.. 

Silalah rajinkan diri kawan2 untuk klik pada link ini untuk maklumat lanjut..

Saturday, August 20, 2011

20 AUGUST 2011 @ MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Assalamualaikum..

20 OGOS 2011..
Setelah sekian lama..hehe..(padahal baru 3 bulan) x jejak kaki kat melaka..
hari ni,hari mewajibkan semua pelajar semester 5 UiTM Melaka
untuk menghadirkan diri selama 2 jam ke
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN PELAJAR (PPKP)

So,tepat pukul 10.30 pg, sue pun sampailah kat UiTM DIHATIKU..( dihatiku ke??)
Disebabkan da lama x berjumpa satu sama lain
bila berjumpa tu xboleh nak di gambarkan lah perasaan tu..
Nadia Samuri,Nadiah Afandi,Shida,Anith,Ceknit,Mila,Shiela,Oda..
serius rindu suasana dlm klas...

Mcm2 la di bualkan..bertanya khabar & semuanya..
Modul semester nie berkenaan "HOW TO WRITE A RESUME"
Mmg la bnyk input dpt..tp still dlm blur2 lg..
Almaklumlah,penceramah speaking..suara plak slow.. 
tp,xpela..dpt input sket,bley la dijadikan panduan..


Abez je PPKP,berbekalkan ALZA nadiah afandi,
sue,nad,mak ngn ezah pun g la jenguk uma yg bakal kitaorg duduk sem depan..
So far oklah umanye..Besar,tp kene di'renovate' sedikit tuk keselesaan bersama..


Klau da turun melaka tu,tak sah la klau x jumpa MR.B sue kn??
kesian kat dia..tiap kali turun melaka mesti lencun kena hujan..
tp,xpekan b??demi syg kan.. hehehe..
agak2 ujan da reda tu..kitaorang pun together-gether g la Melaka Sental @ MC.. 

Menemani MR B sue cari baju melayu..

Pusing punya pusing MC tu,
xnampak pun baju melayu.. Baju kurung banyak lah kan..
Disebabkan masa yang sangat terhad buat kitaorang,
sue pun cadangkanlah kat MR.B sue tuk g mydin..
Finally,dpt gak baju melayu colour biru..


*ada orang tu demand nak same kaler ngn sue.. carikanlah.. ikot kan je..
demi kebahagiaan bersama.. chewah.. ( nyampah)..


In short, arinie sue dpt kegembiraan yg berganda-ganda..
First,sue dapat luangkan sedikit masa & ketika ngn kwn2..
kwn2 yg ade & xpnh merungut melayan sue mase kat Uitm..
second,dpt jumpa MR B sue..walaupun sekejap..


*Actually,20 AUGUST 2011, tarikh genapnya relation kami 
18 bulan = 1Tahun 6Bulan..
Diam tak diam,da lama juga kami bersama berkongsi suka & duka..
Bersama dalam merancang perjalanan hidup masing2 menuju ke masa hadapan..
Walaupun banyak dugaan yang melanda,
ALHAMDULILLAH,kami masih dpt mengawal & mempertahankan
relation ini..


~Tq b tuk pengorbanan b dtg dr jauh meredah hujan semata-mata untuk syg..
~Merealisasikan impian syg nk jumpa b..
~Mengiyakan cadangan syg dlm menghadapi masa depan..
~Bersabar dengan kerenah syg b yg ada pasang surutnya.
.~Menjadi kekuatan syg masa syg tengah down..
~Pinjamkan bahu & telinga untuk syg berkongsi duka..
~Berkonsi rasa sayang,kasih & cinta dengan syg..


Wishes for the 1 year & 6 months...
# Semoga dengan penambahan angka pada usia perhubungan kita,
kita menjadi makin matang dalam berfikir & bertindak..
# Moga ALLAH merahmati perhubungan kita ini..
# Tercapai segala impian kita..

# Semoga kita kuat menempuh dugaan kejauhan & sentiasa ada memberi sumber kekuatan..
# Mendapat restu keluarga..



Tuesday, August 9, 2011

Memohon Kesabaran Di Bulan Mulia

 Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T

Lebih kurang seminggu lebih umat Islam di dunia ini menjalani
ibadah Puasa di Bulan Mulia Lagi penuh Barakah nie..

Mudah-mudahan dengan izin & limpah kurniaNYA dapat la
saya dan seluruh umat Islam di muka bumi ini menjalani ibadat puasa ini dengan sabar..
ya..ALHAMDULILLAH,sepanjang minggu pertama & kedua berpuasa ini,
ALLAH telah berikan kesihatan yang baik kepada saya..
Dengan izinNYA,
INSYAALLAH saya akan menggunakan rahmat yang diberikan dengan sebaiknya..

Kemuliaan Bulan Ramadhan mungkin akan memjadikan kita hambaNYA yang kerdil
agar  memuhasabah diri di sebalik kelemahan & kelebihan yang di kurniakan..

Begitu juga dengan saya di mana di dalam kesibukan menjalani ibadah wajib & sunat di Ramadhan kali ini,
satu dugaan  harus saya tempuh..
Apa yang mampu & boleh saya lakukan ialah memohon kepada PENCIPTA ku yakni ALLAH SWT
 untuk memohon diberikan kesabaran yang tinggi 
dalam menempuh dugaan di bulan mulia ini..

Mungkin ada kebaikan nya bila kita berjauhan..
Tapi disebalik itu,kita tak nampak & tak tahu apa yang terjadi di sebalik kejauhan yang tercipta..
Biarlah semua ini berjalan seperti yang di kehendak oleh NYA..

"YA RABBUL IZZATI,KAU kuatkanlah hati hambaMU ini dalam menjalani & menghadapi dugaan dari MU..
Perit & hancur nya hati  saya bila ternampak sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pemikiran saya..
Sakitnya hati hanya ALLAH yang tahu..
Biarlah semua ini berlalu seperti tiada apa yang berlaku..
Saya mengharapkan segala kemelut yang tercipta ini akan selesai & takkan berpanjangan..

Tapi,disebalik cerita duka yang tercipta,
Terima kasih yang tak terhingga untuk "AWAK" yang senantiasa menceriakan hari2 sue..
Usikan & gurauan awak sentiasa membuatkan sue tersenyum..
Mungkin terlalu awal untuk sue mentafsirkan persahabatan kita..
tapi dengan adanya awak membuatkan hari2 sue semakin bercahaya & gembira..
THANKS ek awak.. 

*Sedarlah wahai sahabat,
disaat kita kesusahan,pastinya kita sangat memerlukan seorang teman yang bergelar sahabat disisi
untuk kita berkongsi rasa..
Oleh itu,hargailah sahabat kita..
Dan ingatlah dibalik kedukaan yang melanda,pastinya akan ada sinar kebahagiaan..
INSYAALLAH..
Janganlah sesekali menyerah jika ditakdirkan kita 
berdepan dengan dugaan yang amat berat..
ALLAH takkan turunkan dugaan pada hambaNYA tanpa jalan penyelesaian..
Moga saya terus diberikan kekuatan daalam menempuh dugaan dari NYA..
AMIN..

Thursday, August 4, 2011

PERSOALAN AURAT WANITA


Allah berfirman dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.”


Menundukkan Pandangan dan Menjaga Kehormatan
Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan: “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Rasulullah berkata kepada kami (maksudnya): ‘Pakailah hijab kalian.’ Mereka berkata: ‘Bukankah dia buta?’ Rasulullah menjawab: ‘Apakah kalian buta?’” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Jangan Zahirkan Perhiasan
Wanita ditegah sama sekali daripada menzahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat. Apabila mereka berlalu meninggalkanmu, maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”

Tutup Belahan Leher Baju
Anjuran ini juga terkandung dalam surah al-Nur ayat 31 ini. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yang berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ‘Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”
Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda hingga menutup bahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.

Siapa Muhrim Wanita?
1. Suami.
2. Ayah.
3. Bapa mertua.
4. Anak lelaki.
5. Anak-anak suami (anak tiri).
6. Saudara kandung lelaki.
7. Anak daripada saudara lelaki.
8. Anak lelaki daripada saudara perempuan.
9. Perempuan yang beragama Islam.
10. Budak (hamba sahaya).
11. Lelaki yang tidak mempunyai syahwat.
12. Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita.
13. Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita.

Membunyikan Perhiasan
Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: 
“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”
Tujuan menghentakkan kaki di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemerencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.