Wednesday, April 10, 2013

Kerinduan Akan Belaian Kasih Sayang Seorang Ayah


Bismillahirrahmannirrahmim.

Assalamualaikum W.B.T.

Entry kali ini nak share sikit tentang kerinduan seorang anak remaja
akan kasih sayang seorang ayah.

Seperti yang kalian sedia maklum, papa sue yakni ENCIK SAMRI B BASRI
telah pun kembali ke sisi PenciptaNYA pada 5 Julai 2008.. Tahun 2013, 
merupakan tahun ke 5 pemergiaan papa menghadap Sang PenciptaNYA..

Segar dalam ingatan pada saat dan ketikanya papa diambil daripada kami
sekeluarga.. Bila ingat akan peristiwa ni, sue akan rasa sedih dan terkilan 
sebab sue tak ada di sisi arwah saat arwah di jemput ke sisi PenciptaNYA..

Saat papa di jemput Ilahi, sue ada kat tusyen.. Bila sampai je kat depan rumah,
abang & kakak da bengkak mata menangis.. Ramai orang kat rumah..
Nak naik rumah je, akak cakap 'dik.. papa da takda..'
Apa je barang yg ada kat tangan waktu tu terlepas macam tu je..
Masuk bilik mama,tengok papa da terbaring kaku.. Masa tak dapat nak diundur lagi..
Ya,sue tak dapat 'jumpa' papa di saat terakhir hidupnya..

ALLAH je tau perasaan sue waktu tu..Sedihnya tak terkata.. Rasa berdosa sebab
takda kat sisi papa.. Tapi,semuanya da tertulis di Luh Mahfuz..
Sue terima dengan redha... Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..

Sekarang,Sue berusaha untuk bahagiakan mama.. Insha ALLAH..
Sekarang pun Sue tengah sambung belajar dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
kat UiTM Kedah.. Insha ALLAH, dalam dua tahun setengah- 3 tahun 
habis la study degree.. Mudah-mudahan senang dapat kerja
dan dapat pendapatan yang boleh membantu mama... 
Aamiin...

'YA ALLAH.. KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA-DOSA ARWAH PAPA,
TEMPATKANLAH ROHNYA DALAM KALANGAN ORANG-ORANG
YANG MENDAPAT KEAMPUNANMU.. JAUHKANLAH DIA DARI AZAB
API NERAKAMU..PELIHARALAH DIA DARI SEKSAAN KUBUR..
SESUNGGUHNYA DIA HAMBAMU YANG LEMAH..'

~MOGA PAPA TENANG KAT SANA..
~ADIK AKAN DOAKAN PAPA..
~ADIK RINDU PAPA SANGAT...

No comments:

Post a Comment