Thursday, May 2, 2013

Kawan-kawan baru a.k.a 'the housemates'


Assalamualaikum W.B.T

Hari ini mood datang untuk cerita pasal kawan-kawan a.k.a housemate baru
kat Sungai Petani Kedah DarulAman.

Kami duduk sembilan orang.. Rumah kami kat Taman Universiti Semeling.
Lebih kurang 10-15 minit nak ke kampus.Kami sembilan orang datang dari macam-macam negeri.
Ada dari KL,Perlis,Penang,Perak,Kelantan,Johor & Sabah.

First,sue sendirilah.. hehe.. SITI SUKARSIH BINTI SAMRI. Panggil Sue,Sukarsih.. 
Amek course Finance.. Duk bilik 4 ngn Lyn.. Mula-mula macam susah nak adapt ngn environment 
kat sini.. Lelame ok.. Best plak sebab dapat housemates yg ok & gila-gila..


Next,sue nak cite pasal roomate sue plak.. Dia asal dari Kelantan.. "Mek Kelate" la..
Hehe.. Nama dia FATIN HAZLIN BINTI MOHAMAD HAMDAN.. a.k.a Lyn..
Dia amek course Islamic Banking.. Yang nie, adik la sbb muda setahun.. Hehe..
Dia nie pemalu sket.. Tapi oklah.. Lembut je orangnya.. Putih mulus.. 
Lyn anak no 3 dari 5 beradik.. :)



Pastu nak cite pasal housemates yang duk bilik 3..
Sorang nie asal dari Selanyang,Selangor.. Nama dia NUR SADRINA BINTI ALIAS..
Kitaorang panggil Sad.. Dia nie bising sket mulut.. Ada je nk bercakap.. 
Happy go luckt girls.. Yang ni amek course Business Economy..Orangnya kecil macam
sue jugak.. Yang nie anak sulung dari 4 beradik..Sad de trademark sendiri, "TAKYAH"..
Selalu je cakap tak yah.. hehe



Sorang lagi yang duk bilik 3, SURFINA BINTI MANSOR.. Nama panggilan sue jugak..
So,housemates panggil Surfina.. Sebab kalau panggil sue, dua-dua sue pandang.. hehe..
Surfina nie dari Kangar,Perlis.. Amek Islamic Banking jugak mcm Lyn..
Yang nie pulak,selalu je sebut "SENGET'.. Elokla duk sebilik, masing-masing ada trackmark.. 
hehehehe.. Surfina nie anak bongsu jugak macam sue...



Budak-budak bilik 2 plak memang asal utara.. Sorang dari Seberang Jaya,Penang..
Sorang dari Parit,Perak..
Sorang nie coursemate sue la.. Nama, NUR SHAFIQAH BINTI IDRIS.. 
Panggil Pyqa..Dia nie pun anak bongsu jugak.. Selalu gak pegi kelas ngn dia nie..
Kadang naik bas,kadang naik kete.. hehehe... Ngan pyqa nie kena sabar jela.. Sebab
suka menyakat orang.. Alhamdulillah sume okla.Xde la simpan kat hati.. 
Yang ni mmg kuat mengusik..Lagi-lagi mengusik surfina.. 
mmg suefina je la selalu menjadi mangsa pyqa.. 
~pe pun,mcm tu la cara nak rapat & mesra ngn housemate..



Next housemate; NUR LIYANA BINTI RUBIKA.. a.k.a Yana Rubika.. Tula nama kat 
bbm,whatsapp,wechat,fb,twitter.. so senang nak cari... Yana amek course Marketing.
dari Seberang Jaya,Penang.. Anak no 4 dari 5 beradik..satu-satunya anak perempuan
dalam keluarga..Ngan yana nie sue de 1 kelas je sama.. 
Tapi disebabkan kitaorang nie 1 fakulti, most subjek sama je.
 Kelas je lain.. Kadang, g gak kelas ngn yana naik kete.. Rajin gak dia
ajak kami-kami nie g makan.. So tuk balas jasa dia, kita orang de wat surprise party tuk dia 
28hb April baru-baru nie.. Yana nie pun jenis happy go lucky.. Sue suka tgk dia.. Comel je..
Sweet.. Pakai pe pun nampak cantik.. 



Bilik 1 de 3 orang.. Sorang dari Seri skandar,Perak.. Sorang dari Patu Pahat,Johor..
Sorang dari Lahad Datu,Sabah..
NUR FARAH HANI BINTI IBRAHIM a.k.a Farah.. Amek course Business Economy..
Dari SI,Perak.. Farah pun jenis happy go lucky.. Suka gelak.. Feyrra Hunney nama Fb dia..
Anak tunggal keluarga.. Rapat ngn yana sbb 1 kampus & 1 course mase dip.
Mula-mula kenal dorang, ingat yana ngn farah 1 kos.. Sebab wat pe je berdua.. 
Kelas sume sama.. Rupanya lain kos..



Next, adik dari Johor.. RADYIAH AB AZIZ @ Dyia.. Yang nie dari form 6 
masuk degree.. Amek Business Economy jugak.. Sekelas ngn Sad & dila.. Dyia nie
jenis wat hal dia je.. Kalau duk reramai,dia mesti lmbt sket faham pe kteorg buat..
Dyia nie anak tengah.. So,memang sikap mendiri la sket..



Last but not least, NURFADILAH BINTI RASHID.. aka Dila.. Dia dari Sabah.
Umur muda setahun dari sue.. Amek course Business Economy jugak.. 
Selalu ngan Sad,Dyia.. Sue amek Eco,sekelas ngn dorang la..



In short,ALHAMDULILLAH  housemates sume ok.. Boleh bergurau,
jadi gila-gila..Insha ALLAH kemesraan yang ada ini boleh kekal sampai bila-bila..










Gambar-gambar kat atas nie masa kitaorang raikan yana masa birthday dia..
28hb April.. Sweet 22 yana... :)

Wednesday, April 10, 2013

Kerinduan Akan Belaian Kasih Sayang Seorang Ayah


Bismillahirrahmannirrahmim.

Assalamualaikum W.B.T.

Entry kali ini nak share sikit tentang kerinduan seorang anak remaja
akan kasih sayang seorang ayah.

Seperti yang kalian sedia maklum, papa sue yakni ENCIK SAMRI B BASRI
telah pun kembali ke sisi PenciptaNYA pada 5 Julai 2008.. Tahun 2013, 
merupakan tahun ke 5 pemergiaan papa menghadap Sang PenciptaNYA..

Segar dalam ingatan pada saat dan ketikanya papa diambil daripada kami
sekeluarga.. Bila ingat akan peristiwa ni, sue akan rasa sedih dan terkilan 
sebab sue tak ada di sisi arwah saat arwah di jemput ke sisi PenciptaNYA..

Saat papa di jemput Ilahi, sue ada kat tusyen.. Bila sampai je kat depan rumah,
abang & kakak da bengkak mata menangis.. Ramai orang kat rumah..
Nak naik rumah je, akak cakap 'dik.. papa da takda..'
Apa je barang yg ada kat tangan waktu tu terlepas macam tu je..
Masuk bilik mama,tengok papa da terbaring kaku.. Masa tak dapat nak diundur lagi..
Ya,sue tak dapat 'jumpa' papa di saat terakhir hidupnya..

ALLAH je tau perasaan sue waktu tu..Sedihnya tak terkata.. Rasa berdosa sebab
takda kat sisi papa.. Tapi,semuanya da tertulis di Luh Mahfuz..
Sue terima dengan redha... Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi..

Sekarang,Sue berusaha untuk bahagiakan mama.. Insha ALLAH..
Sekarang pun Sue tengah sambung belajar dalam jurusan
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan
kat UiTM Kedah.. Insha ALLAH, dalam dua tahun setengah- 3 tahun 
habis la study degree.. Mudah-mudahan senang dapat kerja
dan dapat pendapatan yang boleh membantu mama... 
Aamiin...

'YA ALLAH.. KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA-DOSA ARWAH PAPA,
TEMPATKANLAH ROHNYA DALAM KALANGAN ORANG-ORANG
YANG MENDAPAT KEAMPUNANMU.. JAUHKANLAH DIA DARI AZAB
API NERAKAMU..PELIHARALAH DIA DARI SEKSAAN KUBUR..
SESUNGGUHNYA DIA HAMBAMU YANG LEMAH..'

~MOGA PAPA TENANG KAT SANA..
~ADIK AKAN DOAKAN PAPA..
~ADIK RINDU PAPA SANGAT...

Monday, March 25, 2013

ALHAMDULILLAH... 3 Years...


Assalamualaikum W.B.T

Selepas sebulan,baru ada mood untuk update pasal 'ulangtahun perkenalan' dengan 
si dia tersayang, MOHAMAD NURHAKIM..

Syukran jazilan YA ALLAH,ku panjatkan kesyukuran atas kurnia & izinMU,
perkenalan & perhubungan yang terjalin antara hamba-hambamu yakni
MOHAMAD NURHAKIM & SITI SUKARSIH telah pun mencapai usia perkenalan
yang ketiga tahun..

Siapa sangka,perkenalan yang tercipta melalui kelas CHARACTER BUILDING 
di PLKN membuahkan rasa sayang & cinta..
Betul kata orang,'jangan terlalu membenci takut akan datang rasa sayang'..
Ya.. Kami bermula dengan perasaan kurang senang dan sekarang menjadi
pasangan.. 3 Tahun tempuh perkenalan yang amat mencabar.

Alhamdulillah,dalam tempuh 3 tahun ini,kami menjalani perhubungan jarak jauh..
Sorang kat KL,Sorang kat JB..Sekarang, Hakim kat KL praktikal,
sue plak ada nun jauh kat utara;Kedah sebab sambung degree..
Mungkin mmg takdir menginginkan kami berjauhan..
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA..

Insha ALLAH,berbekalkan KESETIAAN,KEJUJURAN,KEPERCAYAAN, 
kami akan cuba sedaya upaya untuk menjaga perhubungan ini..
Mudah-mudahan dengan pengorbanan ini, kami sama-sama
berjaya menggenggam impian & cita-cita kami..
Sentiasa berfikiran positif, 3 tahun ini sekejap je.. 
Ada jodoh nnt,ada lah...

Untuk permulaan 2013 ini, sue da bawak hakim jumpa mama & family..
Syukur,mama,akak ok & boleh terima persahabatan kami..
Cuma,tak berkesempatan nak bawak jumpa abang sebab sue da ada kat Merbok..
Insha ALLAH sebelum hakim abez praktikal, dia akan jumpa abang a.k.a wali sue..
\
#Untuk ulangtahun persahabatan yang ketiga ini, sue nak wish :
~thank tuk perhubungan yang da pun masuk tahun ketiga..
~Sabar & terima apa adanya saya..
~Memahami & memberi sokongan dalam setiap keputusan yang saya buat..
~Hope kita dapat mengekalkan perhubungan ini sampai akhirnya.. INSHA ALLAH..
AAMIINN... 

##20FEBRUARI2010-20FEBRUARI2013

Saturday, March 16, 2013

Kebahagiaan bertambah


Assalamualaikum W.B.T..

Lama tak update blog sebab xde cte best..
Tapi, untuk permulaan blog bagi tahun 2013, nak share
beberapa kebahagiaan yang tercipta tahun ini.

~First.. 15 Januari 2013, dapat anak buah baru @ anak abg..
NAQIB ZACHRIL BIN KHAIRUL BOSSTAMAM.. Hero ketiga ma'sue..
Alhamdulillah,sekarang baby aqib da pun berusia 2 bulan..
Doa ma'sue moga aqib sihat selalu,cepat membesar, jadi anak yg soleh buat papa & mummy..

~Second.. Family's holiday to Kota Kinabalu,Sabah.
5 hari kat Sabah,seronok sgt.. Melawat tempat orang..
kita g pasar philipine,Pulau Sapi,Pulau Manukan,Jambatan Tamparuli, Jambatan Gantung,Rumah Terbalik..

~Lastly, Further study dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan a.k.a Degree in Finance..
Rezeki second intake, bulan March.. Alhamdulillah masih berkesempatan tuk further degree.. Walaupun jauh nun ke utara, demi kebahagiaan masa depan, cubalah berkorban..
Niat tuk kebaikan masa depan,kebahagiaan mama..
Insha ALLAH,ALLAH permudahkan segala urusan sebagai pelajar..


Wednesday, July 18, 2012

Tests from HIM to the selected HAMBANYA



Hey korang.. Da lame da tak update blog nie...

Seperti yang semua sedia maklum,keputusan kemasukan ijazah sarjana muda UiTM da pun keluar isnin lepas.. Dukacita dimaklumkan,sue x mendapat tempat untuk menyambung pelajaran..Tapi sue dalam usaha nak membuat permohonan rayuan.. Mudah-mudahan,de rezeki dapatlah sue sambung belajar lagi.. 

Dengan terjadinya kejadian ini, sue dapat membuka mata sue yang dalam hidup ini pasti ada yang baik & buruk...
Ye.. Ini memang dugaan yang diturunkan olehNYA untuk hambaNYA.. Saat itu,sue lah hambaNYA yg terpilih untuk menerima dugaan ini.. Pada mulanya memang agak susah nak terima hakikat yang sue xmendapat peluang belajar, tapi berkat sokongan keluarga dan kawan-kawan, sedikit sebanyak menaikkan balik semangat yang jatuh merudum...
Sue pegang pada kata-kata ini.
1. 'ALLAH xturunkan dugaan yang tak terpikul oleh hambaNYA'
2. 'ALLAH: merencanakan yang terbaik untuk semua hambaNYA'
3. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya yang tak dapat kita nampak sekarang'
Secara jujurnya,dengan terjadinya dugaan ini,sue merasakan sue bertuah sebab dikurniakan sahabat-sahabat yang amat mengambil berat dan memahami sue..
Buat mama, 'mungkin belum masanya untuk adik sambung belajar..Tapi jauh disudut hati adik,adik berasa bersalah sebab xdapat nak merealisasikan impian mama untuk tengaok adik sambung belajar..Tapi,kata-kata peransang mama da buat adik bangun balik..Terima kasih yang tak terhingga sebab mama faham situasi adik..'
Buat besties,NURUL HIEDAYAH... Thanks atas sokongan padu & kata-kata awak.. Thanks sangat sebab ada ngn kita selalu..
Buat kawan-kawan seperjuangan masa Diploma.. Kawan-kawan DAIS,kawan-kawan 1 rumah,1 kelas thanks atas nasihat, kata-kata semangat korang.. INSYAALLAH sue kuat & redha ngn pe yg terjadi nie.. 
Doakan sue tuk rayuan ni ek....

Friday, February 24, 2012

Its happend for the second time.. SYUKUR...


Assalamualaikum..

Selepas busy menghadap kuiz & test yang berderet selam 5 hari berturut-turut..
Hari ini sue nak update blog berkenaan 
'Ulangtahun Perkenalan Dengan encik Akim'

Syukur ALHAMDULILLAH di panjatkan kehadrat ILAHI kerana 
dengan limpah kurnia & izinNYA dapat lagi kami meneruskan
perhubungan ke tahun yang kedua..

Diam tak diam,2tahun sudah perjalanan percintaan kami..
Walaupun pelbagai dugaan,cabaran yang terpaksa kami tempuh,
rezeki masih menyebelahi kami..

Diharapkan dengan peningkatan usia perhubungan ini,
kami menjadi lebih matang dalam berfikir & bertindak..
Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kami..

tq so much ya en akim atas sifat tolak ansur, bertimbang rasa, memahami
& lain-lain yang pernah awak buat tuk membahagiakan sy..

~MAY ALLAH BLESS US ALWAYS..
~MAY WE WILL BE STRONG IN FACING THE QADA'&QADAR ALLAH..
~BE MATURE IN TAKE AN ACTION IN FUTURE..
~LOVING EACH OTHER ALWAYS...

Sunday, February 5, 2012

"double" happiness was created on 04 Feb 2012


Assalamualaikum W.B.T

Setelah sekian lama menyepi dari meng'update' blog nie, arini sue nak share
kegembiraan yang tercipta pada 4 Februari 2012 baru-baru ni.


"Great moment in a day was created today..Enjoying day with classmates

MAC120 6B at Pengkalan Balak.."

"Double happiness created with Mr.B Mohamad Nurhakim together with

Nurul Nadiah & Mohamad Afham.."


Keseronokan berganda bila hampir kesemua kawan-kawan DAIS 6B

join event class ber'picnic' & ber'barbeque' kat Pengkalan Balak..

Yela kan,INSYALLAH dengan izinNYA, masing-masing akan habis 

belajar & 'berpisah' bulan April nnt..

So,xtau la bila plak masanya lagi dapat berkumpul reramai mcm kat U nie..


Macam-macam gelagat terserlah masa tu..

Gelak tak ingat dunia sampai pipi nek tegang.. 

huhuhu..

Even penat gila time tu, tapi have fun sangat2..

Dengan join games yang memang memerlukan ke'sporting'an memang superb la..

Thanks korang for the great event created..



Tak lupa juga,thanks to hakim & afham sebab sudi memeriahkan event kami..

*padahal nak g dating.. hahaha

Camne pun,best gila hari tu...

Classmates without certain people
Anith the camerawomen

syahira the organiser

Nad & Shida

Syahira & tiqa

The organisor..The hero..The sweetest..The advisor...:)

Topek & shida~run..run..


Green

Yellow
cek nit & shila

memyselfandi

betty..fida..mija..yaema

ekeey & ady

ceknit yg chumeyl



udiy terbukti

eika

Anis & mija

afham & akim ~the guest.. :)
Afham & nadiah

Sue & hakim

Kami