Thursday, August 25, 2011

MENGISI MASA LAPANG DENGAN CARA MUDAH UNTUK MENDAPATKAN WANG SAKU

Assalamualaikum..

Macam yang semua sedia maklum,sue da pun men'join'kan diri 
dalam KELAB JUTAWAN bagi menambah duet poket..

Sebagai seorang pelajar,penggunaan wang amat2 banyak &kerap..
Ini disebabkan oleh menyiapkan assignment yang diberikan..
Assignment trsebut bkn sj untuk di print malah ada pula yang di minta untuk photocopy untuk di agihkan pada rakan-rakan..
oleh yang demikian,semuanya memerlukan kos yang amat tinggi..

Tambahan pula,bagi pelajar2 semesterterakhir,di mestikan duduk diluar kampus..
Penambahan kos sara diri untuk membayar duit sewa rumah & sebagainya..
Sue cuba menambah duit poket dengan menyertai KJ ini.. 

Silalah rajinkan diri kawan2 untuk klik pada link ini untuk maklumat lanjut..

Saturday, August 20, 2011

20 AUGUST 2011 @ MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Assalamualaikum..

20 OGOS 2011..
Setelah sekian lama..hehe..(padahal baru 3 bulan) x jejak kaki kat melaka..
hari ni,hari mewajibkan semua pelajar semester 5 UiTM Melaka
untuk menghadirkan diri selama 2 jam ke
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN PELAJAR (PPKP)

So,tepat pukul 10.30 pg, sue pun sampailah kat UiTM DIHATIKU..( dihatiku ke??)
Disebabkan da lama x berjumpa satu sama lain
bila berjumpa tu xboleh nak di gambarkan lah perasaan tu..
Nadia Samuri,Nadiah Afandi,Shida,Anith,Ceknit,Mila,Shiela,Oda..
serius rindu suasana dlm klas...

Mcm2 la di bualkan..bertanya khabar & semuanya..
Modul semester nie berkenaan "HOW TO WRITE A RESUME"
Mmg la bnyk input dpt..tp still dlm blur2 lg..
Almaklumlah,penceramah speaking..suara plak slow.. 
tp,xpela..dpt input sket,bley la dijadikan panduan..


Abez je PPKP,berbekalkan ALZA nadiah afandi,
sue,nad,mak ngn ezah pun g la jenguk uma yg bakal kitaorg duduk sem depan..
So far oklah umanye..Besar,tp kene di'renovate' sedikit tuk keselesaan bersama..


Klau da turun melaka tu,tak sah la klau x jumpa MR.B sue kn??
kesian kat dia..tiap kali turun melaka mesti lencun kena hujan..
tp,xpekan b??demi syg kan.. hehehe..
agak2 ujan da reda tu..kitaorang pun together-gether g la Melaka Sental @ MC.. 

Menemani MR B sue cari baju melayu..

Pusing punya pusing MC tu,
xnampak pun baju melayu.. Baju kurung banyak lah kan..
Disebabkan masa yang sangat terhad buat kitaorang,
sue pun cadangkanlah kat MR.B sue tuk g mydin..
Finally,dpt gak baju melayu colour biru..


*ada orang tu demand nak same kaler ngn sue.. carikanlah.. ikot kan je..
demi kebahagiaan bersama.. chewah.. ( nyampah)..


In short, arinie sue dpt kegembiraan yg berganda-ganda..
First,sue dapat luangkan sedikit masa & ketika ngn kwn2..
kwn2 yg ade & xpnh merungut melayan sue mase kat Uitm..
second,dpt jumpa MR B sue..walaupun sekejap..


*Actually,20 AUGUST 2011, tarikh genapnya relation kami 
18 bulan = 1Tahun 6Bulan..
Diam tak diam,da lama juga kami bersama berkongsi suka & duka..
Bersama dalam merancang perjalanan hidup masing2 menuju ke masa hadapan..
Walaupun banyak dugaan yang melanda,
ALHAMDULILLAH,kami masih dpt mengawal & mempertahankan
relation ini..


~Tq b tuk pengorbanan b dtg dr jauh meredah hujan semata-mata untuk syg..
~Merealisasikan impian syg nk jumpa b..
~Mengiyakan cadangan syg dlm menghadapi masa depan..
~Bersabar dengan kerenah syg b yg ada pasang surutnya.
.~Menjadi kekuatan syg masa syg tengah down..
~Pinjamkan bahu & telinga untuk syg berkongsi duka..
~Berkonsi rasa sayang,kasih & cinta dengan syg..


Wishes for the 1 year & 6 months...
# Semoga dengan penambahan angka pada usia perhubungan kita,
kita menjadi makin matang dalam berfikir & bertindak..
# Moga ALLAH merahmati perhubungan kita ini..
# Tercapai segala impian kita..

# Semoga kita kuat menempuh dugaan kejauhan & sentiasa ada memberi sumber kekuatan..
# Mendapat restu keluarga..



Tuesday, August 9, 2011

Memohon Kesabaran Di Bulan Mulia

 Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum W.B.T

Lebih kurang seminggu lebih umat Islam di dunia ini menjalani
ibadah Puasa di Bulan Mulia Lagi penuh Barakah nie..

Mudah-mudahan dengan izin & limpah kurniaNYA dapat la
saya dan seluruh umat Islam di muka bumi ini menjalani ibadat puasa ini dengan sabar..
ya..ALHAMDULILLAH,sepanjang minggu pertama & kedua berpuasa ini,
ALLAH telah berikan kesihatan yang baik kepada saya..
Dengan izinNYA,
INSYAALLAH saya akan menggunakan rahmat yang diberikan dengan sebaiknya..

Kemuliaan Bulan Ramadhan mungkin akan memjadikan kita hambaNYA yang kerdil
agar  memuhasabah diri di sebalik kelemahan & kelebihan yang di kurniakan..

Begitu juga dengan saya di mana di dalam kesibukan menjalani ibadah wajib & sunat di Ramadhan kali ini,
satu dugaan  harus saya tempuh..
Apa yang mampu & boleh saya lakukan ialah memohon kepada PENCIPTA ku yakni ALLAH SWT
 untuk memohon diberikan kesabaran yang tinggi 
dalam menempuh dugaan di bulan mulia ini..

Mungkin ada kebaikan nya bila kita berjauhan..
Tapi disebalik itu,kita tak nampak & tak tahu apa yang terjadi di sebalik kejauhan yang tercipta..
Biarlah semua ini berjalan seperti yang di kehendak oleh NYA..

"YA RABBUL IZZATI,KAU kuatkanlah hati hambaMU ini dalam menjalani & menghadapi dugaan dari MU..
Perit & hancur nya hati  saya bila ternampak sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pemikiran saya..
Sakitnya hati hanya ALLAH yang tahu..
Biarlah semua ini berlalu seperti tiada apa yang berlaku..
Saya mengharapkan segala kemelut yang tercipta ini akan selesai & takkan berpanjangan..

Tapi,disebalik cerita duka yang tercipta,
Terima kasih yang tak terhingga untuk "AWAK" yang senantiasa menceriakan hari2 sue..
Usikan & gurauan awak sentiasa membuatkan sue tersenyum..
Mungkin terlalu awal untuk sue mentafsirkan persahabatan kita..
tapi dengan adanya awak membuatkan hari2 sue semakin bercahaya & gembira..
THANKS ek awak.. 

*Sedarlah wahai sahabat,
disaat kita kesusahan,pastinya kita sangat memerlukan seorang teman yang bergelar sahabat disisi
untuk kita berkongsi rasa..
Oleh itu,hargailah sahabat kita..
Dan ingatlah dibalik kedukaan yang melanda,pastinya akan ada sinar kebahagiaan..
INSYAALLAH..
Janganlah sesekali menyerah jika ditakdirkan kita 
berdepan dengan dugaan yang amat berat..
ALLAH takkan turunkan dugaan pada hambaNYA tanpa jalan penyelesaian..
Moga saya terus diberikan kekuatan daalam menempuh dugaan dari NYA..
AMIN..

Thursday, August 4, 2011

PERSOALAN AURAT WANITA


Allah berfirman dalam surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.”


Menundukkan Pandangan dan Menjaga Kehormatan
Ayat ini walaupun ditujukan khas buat wanita, namun anjuran ini termasuk juga lelaki. Ummu Salamah meriwayatkan: “Aku, Aisyah dan Maimunah berada di hadapan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada baginda. Lalu Rasulullah berkata kepada kami (maksudnya): ‘Pakailah hijab kalian.’ Mereka berkata: ‘Bukankah dia buta?’ Rasulullah menjawab: ‘Apakah kalian buta?’” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Jangan Zahirkan Perhiasan
Wanita ditegah sama sekali daripada menzahirkan perhiasan kecuali yang biasa terlihat. Menurut ulama kontemporari, Syeikh Yusuf al-Qaradawi, yang dimaksudkan dengan “perhiasan perempuan” dalam ayat ini ialah apa sahaja yang dipakai untuk berhias dan mencantikkan tubuh sama ada berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut, potongan badan ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Seorang penyair pernah berkata: “Mereka (wanita) memakai perhiasan seindah yang engkau lihat. Apabila mereka berlalu meninggalkanmu, maka mereka adalah orang yang paling baik untuk pergi.”

Tutup Belahan Leher Baju
Anjuran ini juga terkandung dalam surah al-Nur ayat 31 ini. Imam al-Bukhari ada meriwayatkan daripada Aisyah r.ha. bahawa beliau berkata: “Allah telah menyayangi wanita yang berhijrah kerana waktu itu bertepatan dengan turunnya ayat, ‘Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.’ Kemudian mereka mengoyak sebahagian kain yang mereka miliki untuk dijadikan tudung. Begitu juga mereka yang mempunyai sarung. Itu semua menunjukkan kewajipan menutup leher dan bahagian dada seorang perempuan.”
Bagaimana menutupnya? Jawapan cukup mudah dan amat praktikal, labuhkan sedikit tudung anda hingga menutup bahagian dada dan jangan sekali-kali memakai tudung yang nipis yang masih menampakkan belahan baju walaupun bertudung.

Siapa Muhrim Wanita?
1. Suami.
2. Ayah.
3. Bapa mertua.
4. Anak lelaki.
5. Anak-anak suami (anak tiri).
6. Saudara kandung lelaki.
7. Anak daripada saudara lelaki.
8. Anak lelaki daripada saudara perempuan.
9. Perempuan yang beragama Islam.
10. Budak (hamba sahaya).
11. Lelaki yang tidak mempunyai syahwat.
12. Anak-anak yang belum mengerti aurat wanita.
13. Lelaki tua yang tidak lagi mempunyai keinginan kepada wanita.

Membunyikan Perhiasan
Dan firman Allah dalam ayat yang sama, maksudnya: 
“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka.”
Tujuan menghentakkan kaki di sini ialah supaya orang lain tahu perhiasan yang dipakai oleh wanita tersebut seperti gelang kaki yang bergemerencing, kasut bertumit tinggi atau bertumit keras hingga menghasilkan bunyi hentakan setiap kali berjalan dan sebagainya yang boleh menarik perhatian insan lain terutamanya lelaki ajnabi.


Perihal lelaki kadangkala wanita tidak sedar


- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yg nampak `desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan `flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Monday, August 1, 2011

KEMULIAAN RAMADHAN

 Ramadhan adalan bulan yang mulia kerana ia dipenuhi berbagai keberkatan. 
Allah s.w.t. memberkatinya dengan berbagai keutamaan sepertimana berikut:
Firman Allah s.w.t.
"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).
(QS. Al Baqarah: 185)
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada lailatul qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan."
(QS. Al Qadr: 1-3).
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka dan dibelenggulah syaitan."
(HR. Muslim)
"Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, diikatlah para syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu -pintu neraka, tidak ada satu pintupun yang dibuka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, tidak ada satu pintupun yang tertutup, berseru seorang penyeru: wahai orang yang ingin kebaikan lakukanlah, wahai orang yang ingin keburukan kurangilah. Dan bagi Allah membebaskan sejumlah orang dari neraka. Hal itu terjadi pada setiap malam."
(HR. Tirmidzi)
"Setiap amalan anak Adam dibalas dengan kebaikan sepuluh kali lipatnya kecuali puasa, maka puasa itu untuk-Ku dan aku yang akan membalasnya, dia menahan syahwatnya dan menahan makan dan minum karena aku."
(HR. Muslim)
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."
(HR. Abu Hurairah)
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini."
(HR.Ath-Thabrani)
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah 'Azza wa Jalla setiap hari menghiasi syurga-Nya lalu berfirman (kepada syurga), "Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu". Pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam."
(HR. Abu Hurairah)
"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan,dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do'a maka pasti dikabulkan."
(HR. Al Bazaar)
"Tiga orang yang do'anya tidak tertolak: orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan do'a orang yang dizalimi"
(HR. Tirmidzi)
Dari itu, bulan Ramadhan adalah bulan istimewa kerana ia penuh nikmat kepada umat Islam sejagat.
Renungilah bersama:
Kita hadir ke dunia ini tanpa apa-apa dan akan pulang nanti tanpa apa-apa. Dari itu, bukanlah tujuan utama kita di dunia ini untuk mengumpul dan mencari harta keduniaan untuk di bawa balik ke alam akhirat melainkan ulungan keimanan.
Firman Allah s.w.t.
"Berbekallah! Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, bertakwalah padaKu wahai orang-orang yang berpikir."
(QS. Al-Baqarah: 197)

* Sekadar renungan & peringatan bersama.. :)